January 6, 2011

2011.

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2011. Masa berlalu dengan pantas. Kejap je aku rasa ni. Main game the Sims pun  x rasa kejap macam ni. Eh yeke?! Pfftt! Anyway, its been quite a time i didn't update this shitty blog. Right now i don't have any better things to do so gua update la skit blog ni.

Oleh kerana masih awal tahun ni kira gua update untuk Tahun Baru 2011 sekali la senang. Ye lah biasa kalau orang yang tulis blog ni semua mesti ada entri untuk tahun baru kan. Jadi gua sebagai poser yang nak gak ada blog terpaksa la update jugak. Haha.! 2011, nothing much. Its always been the same for me every year. I know i sound lame. Tiap-tiap tahun azam nak jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas. Mudah kan?! Tak perlu lah nak spesifik sangat azam tu. Biar diri sendiri tau dah. Bukannya buat pun kan. Hadoiii~ 

Tetapi tahun ni gua dapat rasakan gua seperti sudah berubah. Kalau sebelum-sebelum ni tak pernah lagi minggu 3 kat UKM ni gua pergi kelas penuh. Ya percayalah! Selalu gua balik UKM ni pun minggu ke dua pastu huru hara nak daftar subjek semua. Tapi semester kali ni minggu pertama dah daftar dah semua. Kelas memang setiap waktu gua hadir.Kadang-kadang kelas batal pun gua pegi jugak nak menunjukkan semangat juang gua ni. Gua berharap dapat kekalkan momentum untuk ke kelas macam ni tiap-tiap minggu dan tidak tido sepanjang hari seperti sem-sem lepas. Ecececece....

Oh lupa pulak. Tahun ni celebration new year gua sangat menarik dan SPECIAL(oh oh indahnya dunia). Gua cerita yang menarik je la, yang special buat-buat tak tau sudah. Oleh kerana pasukan Malaysia kita telah berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 pada tempoh hari dan seperti biasa rakyat-rakyat kita terutamanya kaum WANITA pasti akan terpikat dengan pemain-pemain ini. Kesannya berlaku lah fenomena TsuFahmi di mana beliau telah digilai ramai dengan secara mendadak. Disebabkan malam new year itu rakan-rakan gua telah mengadakan BBQ dan menyebabkan beliau juga turut serta untuk menikmati ayam-ayam yang tak berapa nak sedap itu gua dengan sengajanya mengambil gambar kenangan bersama Khairul Fahmi Che Mat ini lalu terus upload ke dalam FB gua untuk membuat mereka yang tergila-gilakan beliau ini jeles, iri hati dan sebagainya. Gambar tersebut telah di 'like' oleh 27 orang setakat ini dan sekaligus telah menjadi rekod FB gua yang tak pernah-pernah di like seramai itu. Sedih sial gua! Haha!


Hero Harimau Malaya bersama Idola beliau.

Sekian sahaja entri New Year gua pada kali ini. Bagi mereka yang telah mempunyai azam-azam pada tahun ini diharapkan anda dapat meneruskan usaha-usaha untuk mencapai azam-azam anda dengan jayanya.

p/s : buat peminat Apex di luar sana terutamanya kaum-kaum HAWA, beliau dah ada awek dah pun and bakal bertunang. Lupakan je niat suci murni korang tu.! Gf dia Hot!! Fewwitt! :D

5 comments:

  1. whoaaaa!!
    dh ade bl0g ea..nice 1..

    btw part yg fes week dh masuk clas memng impress gle ah..klh i..
    gmbr dgn KFCM tu sius x jeles..
    haha..hepi new year!!

    ReplyDelete
  2. wooahh! mana dpt tau i dh ada blog ni makcik?! :D

    haha.. biasa la awal2 sem ni semangat skit.. :P
    bagus anda tidak seperti mereka2 yg menggilai KFCM itu.. tahniah! hoho..

    HAPPY BELATED NEW YEAR jgk!! :D

    ReplyDelete
  3. ishi.. semoga ko grad dgn jayanya tahun nie!!
    jgn main2.. kalo ko tak extent akan ada habuan nanti yer!! :)

    ReplyDelete
  4. haha.! sankyuuu brah!

    InsyaAllah by Maher Zain.

    ReplyDelete
  5. Hero Harimau Malaya bersama Idola beliau...

    jap gua muntah jap...

    ReplyDelete