January 14, 2011

Paintball.

Assalamualaikum. 


Entri kali ini adalah tentang Paintball yang semakin hangat di Malaysia ini. Dan kalau anda masih belum pernah bermain paintball ini pegi la cuba main. Best doh! Ajak kawan-kawan korang yang korang tak berapa suka sangat atau dendam dengan mereka. Then korang lepaskan dendam kesumat korang ketika bermain permainan ini.


1st time main aku sangat teruja. Rasa seperti askar yang sedang berperang di medan pertempuran. Harga time aku main tempoh hari adalah rm30 termasuk peralatan yang diperlukan serta 100 biji peluru(palet). Ia memerlukan dua pasukan yang tak kisah lah berapa ramai korang nak. Asalkan sama rata. Kedua pasukan akan diagihkan ke tempat masing-masing dan seterusnya mula la acara tembak menembak.


Antara peralatan yang diberikan.


Anda pastinya risau jika diri ditembak kerana anda sangat la tidak mempunyai kemahiran serta tidak pernah main. Tak perlu risau kerana peluru tersebut kalau kena bukan mati pun. Sakit dia macam kena tumbok dengan budak kecik yang baru nak belajar mengayuh basikal sahaja. Permainan ini hanya akan tamat bila kesemua ahli kehabisan palet. Ini bermakna selagi palet korang tak abis, main la sampai lebam.


Tetapi selalunya palet ini akan secara automatiknya habis dengan cepat kerana bila korang dah kat dalam tu, dapat pulak kawan yang korang dendam tu team pihak lawan so korang akan dengan buasnya menembak sesuka hati. Jadi nasihatnya adalah jangan gelojoh sangat nak menembak jika ingin bermain dengan lama. Tapi waktu aku main tu palet aku pun habis cepat jugak so terpaksa membuat bayaran penambahan. Tapi aku tak kisah yang penting puas dapat menembak.! 


Ini lah antara gaya-gaya ketika bermain paintball. Cuba mengelak ditembak dan mencari musuh dengan buas

Sekian sahaja laporan paintball aku kali ini. Masa lapang aku pastinya akan diisi dengan aktiviti Paintball yang sangat menyeronokkan, mencabar semangat kepasukanan, membentuk keyakinan diri, membina rasa tanggunjawab, kesungguhan untuk menyelesaikan misi, meningkatkan kesefahaman dan kemahiran berkomunikasi selain menguji minda dan fizikal dalam mengatur strategi kombat. Haha! 


p/s : Kepuasan akan dirasai sekiranya anda berjaya menembak rakan yang anda betul-betul dendam,lebih-lebih lagi kalau dekat kepala dia. :)

3 comments:

  1. banyak juga orang yang lu dendam...

    dasar pendendam !

    kah kah kah !

    ReplyDelete
  2. aku ase kene pegi men lagi skali baru puas dowh...pe kate kau?? -macha-

    ReplyDelete
  3. paklan - hak hak.. gua bagi cadangan je tu..

    macha - slamber ar! sebelum exam style gak.. haha

    ReplyDelete