October 30, 2011

Kuliah Subuh.

Memandangkan gua dah mula start kerja di waktu malam, memang lepas subuh je la gua tido. Tiba-tiba lepas solat gua terbaca ayat ini. Jawapan untuk kenapa gua tak dapat apa yang gua idamkan selalu:-

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Terkesima gua sebentar...

October 23, 2011

Dirogol Manchester City

Pedih dan pilu hati melihat pasukan kegemaran dirogol dengan kejam di tempat sendiri akibat bermain 10 orang selepas Jonny Evans dilayangkan kad merah. Apa pun pujian harus diberikan buat Manchester City yang semakin gah di tangga teratas.

Atuk Fergie harus membuat percaturan lebih baik selepas ini.

 Moral of the story : Tak payah membuat ramalan keputusan. #kecewatahapdewa

October 22, 2011

The Manchester Derby.



Team yang baru berjinak-jinak di tangga teratas ini semakin tinggi hidungnya. Diharapkan Atuk Fergie dapat membawa jentera yang pastinya dapat menjatuhkan hidung-hidung anak buah Mancini malam ini.

Kenangan manis Rooney membuat sepakan gunting menentang Manchester City.

Ramalan saya, Team atuk Fergie 2 - 1 Mancini si hidung tinggi. Sekian.

Sembang.



Kalau boleh cerita awak saja yang best. #fakkoppp

October 12, 2011

Dear God




Some search, never finding away
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I give in, to selfish ways
And how I miss someone to hold,
When hope begins to fade.

October 11, 2011

iPhone 4S



You'll be mine soon. Seriously i need to stop spending my money on unnecessary things. Before 2012 this shit will be mine. 

October 9, 2011

Weekend

Sabtu
1. Keje half day. 
2. Tahlil rumah member.
3. Dinner at Royal Lake Club.
4. SS2 Murni with em boys.

Ahad
1. Cari kasut keje baru.
2. Bowling dgn family.
3. Wayang Smurf sekali lagi.

Not a perfect weekend, but i had fun.




October 4, 2011

Note to Self.


Maybe I shouldn't get too close with some people. I don't want to give people the wrong impression. 

It is tough to stay single in this world where everybody expects you to be with somebody. What they fail to realize is that staying single is not about having no choice. Rather, it’s an opportunity to make intelligent choices. 

If you find yourself falling, don't fall too fast. You might end up with a love that won't last. So if you find yourself falling, you better think twice. It’s easy to love someone but hard to let someone love you back. That’s the challenge of love. Fighting without knowing how to win.


p/s: Don't make someone fall for you, if you have no intention of catching them.

April 12, 2011

Entri bulan April.

Lama tak update nak citer apa pun takde idea. Tajuk pun pakai bulan, nampak gaya sebulan sekali je la entri baru nak keluar.
Nak story sikit last aktiviti gua kat UKM ni adalah Final Year Dinner.
Tema bukan main nak 'Masquerade', dah kena cari topeng. 
Baju recycle je yang gua pakai, takde duit nak beli.
Hasil dia jadi la Bandi Amuk macam kat bawah ni.


Sekarang ni final exam menanti,
Gua pun pura-pura belajar sampai lebam,
Nota-nota penting bukan main gua cari,
Last-last Facebook dan Twitter gua hadam.

Sekian sahaja entri kali ini,
Nak sambung study la ni kononnya,
Berjumpa lagi di entri terkini,
Harap berjaya la dengan izinNYA.

p/s : boleh berpantun pulak.. Puii!!

March 10, 2011

Selamat Hari Lahir Ibunda

Assalamualaikum,


Entri ini mengisahkan tentang seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup gua. Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang anak. Dilahirkan pada tarikh 11 Mac 1955, bernama Halijah bte Endin. Latar belakang beliau tidak berapa dapat gua nk jelaskan sebab gua pun jarang-jarang berbual dengan dia.


Disini gua ingin cerita serba sedikit tentang ibunda tercinta gua ini. Beliau amat sensitif dan mudah mengalirkan air mata jika perasaannya tersinggung. Tetapi gua respect cara didikan serta kasih sayang beliau terhadap anak-anak. Anak ramai nak bagi kasih sayang sama rata bukan senang. Kalau dah sorang nak aiskrim kena beli untuk semua. Tak ke pening kepala nak layan satu-satu. Tapi ketabahan beliau melayan sikap anak-anak ini telah membuktikan beliau adalah seorang ibu yang sangat hebat.


kemanisan gua datang dari beliau. :D
Pernah dulu gua kantoi ponteng mengaji, hanger hitam tebal melekat kat punggung kecik gua ni. Mana taknya, orang suruh pegi mengaji gua ponteng pegi CC main counter strike. Waktu sekolah rendah memang gua addict dengan game perang tu. Akibatnya, terima je lah sebatan ibunda gua yang umpama Lee Chong Wei melepaskan SMASH ketika beraksi dalam court badminton. Beliau juga sangat menjaga adab anak-anak ketika berada di rumah sedara-mara dan seumpanya. Waktu kecik standard la nakal-nakal. Kalau buat hal tanpa segan dan silu di waktu yang sama jugak ibunda gua bagi cubitan padu maut. Balik rumah pun tak hilang lagi kesan dia.


Dalam pada masa yang sama, ibunda gua amat menekankan tentang agama. Time sekolah dulu balik je lepas maghrib memang gua duduk luar rumah sampai waktu isyak la jawabnya. Mesti berada di rumah sebelum waktu maghrib. Nak pegi main bola ke apa ke yang penting balik sebelum maghrib. Beliau juga sentiasa memahami anak-anak jika ada masalah ke apa ke biasanya beliau akan dapat detect. Bak kata mat salleh "Mums Know Best". Dan gua amat bersyukur dan bangga kerana menjadi anak beliau.


Kasih sayang ibunda gua memang tidak dapat gua balas selamanya. Hanya doa saja yang dapat gua panjatkan untuk beliau sentiasa dirahmati, dikasihi serta diberkati oleh Allah SWT. Last but not least, Happy Birthday Mom. Thanks for being a great mum in the world. I am lucky to have a great mother like mine.


p/s: I'm always amazed by how much you care, what you've given to me is something i can never repay. I LOVE YOU MOM! XOXO <3

February 22, 2011

Entri Masuk Tido

Its been awhile since i last update my blog. busy busy busy!!(yeah rite) F u Uni.! Actually I dont have anything to write, HAHA! btw, I want to CONGRATS my brother Mohd Azmir on his engagement.! 

Nice one bro! I'm happy for you. So much for your "kawin 26 or 27" huh?! pffttt~ Maybe this is your fate rite.?! And i know she is the ONE for you. I can feel it. ;D You sure 'move on' faster than I thought! Semoga berkekalan hingga ke pelamin serta anak cucu! Gua x sabar nak ajar anak lu jadi sehebat gua. UNCLE ISHI is going to teach you how to live. WADDUUP!! :D


Muka riang beliau selepas masuk meminang. 

Anyway life has treating me badly these days. Emosi gua terganggu sentiasa. WTF apakah ini.!? Gua yg sentiasa cool ini kecundang akhirnya dengan tekanan-tekanan yang dihadapi, damn it! But i believe everything happens for some reason eyy! Chill out MeSelf! You got nothing to worry about. Lagi berapa minggu je pun nak abis sem ni. Smile smile smile.. =) You can do this.! 


p/s : Selagi boleh bersabar gua okay-okay aja.! =D off to sleep now. zzz
  

January 17, 2011

Roti Canai Terbang

Tempoh hari ketika melawat Melaka yang dikatakan "Maju" itu, aku dan beberapa rakan telah pergi ke Warung Hikmah yang terletak di Telok Mas(warung ini menjuarai acara Super Roti-Man 2005) untuk menyaksikan kesahihan penerbangan roti yang dibuat oleh penebar tersebut.

Gambar yang sempat dicandid cameraman ketika melalui warung hikmah.

Dan jelas sekali roti yang ditebar brader itu terbang umpama balingan Boomerang yang kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan muka tidak bersalah telah menebar dengan menggunakan sebelah tangan sambil membuat aksi goyang inul. Aku dan rakan yang sememangnya tidak pernah melihat roti-roti ini terbang secara live pula dengan penuh semangat memberi sorakan yang padu walhal customer-customer lain seperti tidak ada perasaan kerana mungkin sudah bosan melihat aksi Brader Inul.

Menghangatkan lagi suasana, beliau telah memanggil tag team partner yang merupakan adik beliau untuk membuat aksi 'roti passing' dimana beliau mencampakkan roti itu kepada partnernya dan akan disambut sambil menebar roti tersebut di udara. Ahh ni dah lebih! Memang betul-betul terbang DOH! 

Seingat aku roti canai terbang hanya boleh didapati didalam filem SENARIO sahaja, namun begitu ia boleh diperolehi di beberapa kedai roti canai yang ada di serata Malaysia ini. Anda boleh melihat sendiri aksi yang sempat di rakam oleh rakanku yang sangat lah shawat ketika melihat aksi-aksi brader itu menebar roti sambil bergelek di SINI

p/s : Commentator video diatas agak menggelikan hati aku ibarat Mr. Bean yang membuatkan penontonnya ketawa

January 14, 2011

Paintball.

Assalamualaikum. 


Entri kali ini adalah tentang Paintball yang semakin hangat di Malaysia ini. Dan kalau anda masih belum pernah bermain paintball ini pegi la cuba main. Best doh! Ajak kawan-kawan korang yang korang tak berapa suka sangat atau dendam dengan mereka. Then korang lepaskan dendam kesumat korang ketika bermain permainan ini.


1st time main aku sangat teruja. Rasa seperti askar yang sedang berperang di medan pertempuran. Harga time aku main tempoh hari adalah rm30 termasuk peralatan yang diperlukan serta 100 biji peluru(palet). Ia memerlukan dua pasukan yang tak kisah lah berapa ramai korang nak. Asalkan sama rata. Kedua pasukan akan diagihkan ke tempat masing-masing dan seterusnya mula la acara tembak menembak.


Antara peralatan yang diberikan.


Anda pastinya risau jika diri ditembak kerana anda sangat la tidak mempunyai kemahiran serta tidak pernah main. Tak perlu risau kerana peluru tersebut kalau kena bukan mati pun. Sakit dia macam kena tumbok dengan budak kecik yang baru nak belajar mengayuh basikal sahaja. Permainan ini hanya akan tamat bila kesemua ahli kehabisan palet. Ini bermakna selagi palet korang tak abis, main la sampai lebam.


Tetapi selalunya palet ini akan secara automatiknya habis dengan cepat kerana bila korang dah kat dalam tu, dapat pulak kawan yang korang dendam tu team pihak lawan so korang akan dengan buasnya menembak sesuka hati. Jadi nasihatnya adalah jangan gelojoh sangat nak menembak jika ingin bermain dengan lama. Tapi waktu aku main tu palet aku pun habis cepat jugak so terpaksa membuat bayaran penambahan. Tapi aku tak kisah yang penting puas dapat menembak.! 


Ini lah antara gaya-gaya ketika bermain paintball. Cuba mengelak ditembak dan mencari musuh dengan buas

Sekian sahaja laporan paintball aku kali ini. Masa lapang aku pastinya akan diisi dengan aktiviti Paintball yang sangat menyeronokkan, mencabar semangat kepasukanan, membentuk keyakinan diri, membina rasa tanggunjawab, kesungguhan untuk menyelesaikan misi, meningkatkan kesefahaman dan kemahiran berkomunikasi selain menguji minda dan fizikal dalam mengatur strategi kombat. Haha! 


p/s : Kepuasan akan dirasai sekiranya anda berjaya menembak rakan yang anda betul-betul dendam,lebih-lebih lagi kalau dekat kepala dia. :)

January 6, 2011

2011.

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2011. Masa berlalu dengan pantas. Kejap je aku rasa ni. Main game the Sims pun  x rasa kejap macam ni. Eh yeke?! Pfftt! Anyway, its been quite a time i didn't update this shitty blog. Right now i don't have any better things to do so gua update la skit blog ni.

Oleh kerana masih awal tahun ni kira gua update untuk Tahun Baru 2011 sekali la senang. Ye lah biasa kalau orang yang tulis blog ni semua mesti ada entri untuk tahun baru kan. Jadi gua sebagai poser yang nak gak ada blog terpaksa la update jugak. Haha.! 2011, nothing much. Its always been the same for me every year. I know i sound lame. Tiap-tiap tahun azam nak jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas. Mudah kan?! Tak perlu lah nak spesifik sangat azam tu. Biar diri sendiri tau dah. Bukannya buat pun kan. Hadoiii~ 

Tetapi tahun ni gua dapat rasakan gua seperti sudah berubah. Kalau sebelum-sebelum ni tak pernah lagi minggu 3 kat UKM ni gua pergi kelas penuh. Ya percayalah! Selalu gua balik UKM ni pun minggu ke dua pastu huru hara nak daftar subjek semua. Tapi semester kali ni minggu pertama dah daftar dah semua. Kelas memang setiap waktu gua hadir.Kadang-kadang kelas batal pun gua pegi jugak nak menunjukkan semangat juang gua ni. Gua berharap dapat kekalkan momentum untuk ke kelas macam ni tiap-tiap minggu dan tidak tido sepanjang hari seperti sem-sem lepas. Ecececece....

Oh lupa pulak. Tahun ni celebration new year gua sangat menarik dan SPECIAL(oh oh indahnya dunia). Gua cerita yang menarik je la, yang special buat-buat tak tau sudah. Oleh kerana pasukan Malaysia kita telah berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 pada tempoh hari dan seperti biasa rakyat-rakyat kita terutamanya kaum WANITA pasti akan terpikat dengan pemain-pemain ini. Kesannya berlaku lah fenomena TsuFahmi di mana beliau telah digilai ramai dengan secara mendadak. Disebabkan malam new year itu rakan-rakan gua telah mengadakan BBQ dan menyebabkan beliau juga turut serta untuk menikmati ayam-ayam yang tak berapa nak sedap itu gua dengan sengajanya mengambil gambar kenangan bersama Khairul Fahmi Che Mat ini lalu terus upload ke dalam FB gua untuk membuat mereka yang tergila-gilakan beliau ini jeles, iri hati dan sebagainya. Gambar tersebut telah di 'like' oleh 27 orang setakat ini dan sekaligus telah menjadi rekod FB gua yang tak pernah-pernah di like seramai itu. Sedih sial gua! Haha!


Hero Harimau Malaya bersama Idola beliau.

Sekian sahaja entri New Year gua pada kali ini. Bagi mereka yang telah mempunyai azam-azam pada tahun ini diharapkan anda dapat meneruskan usaha-usaha untuk mencapai azam-azam anda dengan jayanya.

p/s : buat peminat Apex di luar sana terutamanya kaum-kaum HAWA, beliau dah ada awek dah pun and bakal bertunang. Lupakan je niat suci murni korang tu.! Gf dia Hot!! Fewwitt! :D