January 17, 2011

Roti Canai Terbang

Tempoh hari ketika melawat Melaka yang dikatakan "Maju" itu, aku dan beberapa rakan telah pergi ke Warung Hikmah yang terletak di Telok Mas(warung ini menjuarai acara Super Roti-Man 2005) untuk menyaksikan kesahihan penerbangan roti yang dibuat oleh penebar tersebut.

Gambar yang sempat dicandid cameraman ketika melalui warung hikmah.

Dan jelas sekali roti yang ditebar brader itu terbang umpama balingan Boomerang yang kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan muka tidak bersalah telah menebar dengan menggunakan sebelah tangan sambil membuat aksi goyang inul. Aku dan rakan yang sememangnya tidak pernah melihat roti-roti ini terbang secara live pula dengan penuh semangat memberi sorakan yang padu walhal customer-customer lain seperti tidak ada perasaan kerana mungkin sudah bosan melihat aksi Brader Inul.

Menghangatkan lagi suasana, beliau telah memanggil tag team partner yang merupakan adik beliau untuk membuat aksi 'roti passing' dimana beliau mencampakkan roti itu kepada partnernya dan akan disambut sambil menebar roti tersebut di udara. Ahh ni dah lebih! Memang betul-betul terbang DOH! 

Seingat aku roti canai terbang hanya boleh didapati didalam filem SENARIO sahaja, namun begitu ia boleh diperolehi di beberapa kedai roti canai yang ada di serata Malaysia ini. Anda boleh melihat sendiri aksi yang sempat di rakam oleh rakanku yang sangat lah shawat ketika melihat aksi-aksi brader itu menebar roti sambil bergelek di SINI

p/s : Commentator video diatas agak menggelikan hati aku ibarat Mr. Bean yang membuatkan penontonnya ketawa

1 comment: