December 21, 2010

Peribahasa Karam Singh Walia.

Antara peribahasa-peribahasa yang mungkin boleh membuat perut anda berkocak-kocak..


1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!



Hanya ingin berkongsi... Sekian.!

Kajian yang dibuat oleh brader Karam...

” Satu kajian menunjukkan kaum wanita lebih gagah daripada lelaki kerana mampu membawa dua buah gunung, kaum lelaki hanya mampu membawa dua biji telur, itupun dengan bantuan seekor burung…..!!!!. “

LOL...

3 comments: