February 22, 2011

Entri Masuk Tido

Its been awhile since i last update my blog. busy busy busy!!(yeah rite) F u Uni.! Actually I dont have anything to write, HAHA! btw, I want to CONGRATS my brother Mohd Azmir on his engagement.! 

Nice one bro! I'm happy for you. So much for your "kawin 26 or 27" huh?! pffttt~ Maybe this is your fate rite.?! And i know she is the ONE for you. I can feel it. ;D You sure 'move on' faster than I thought! Semoga berkekalan hingga ke pelamin serta anak cucu! Gua x sabar nak ajar anak lu jadi sehebat gua. UNCLE ISHI is going to teach you how to live. WADDUUP!! :D


Muka riang beliau selepas masuk meminang. 

Anyway life has treating me badly these days. Emosi gua terganggu sentiasa. WTF apakah ini.!? Gua yg sentiasa cool ini kecundang akhirnya dengan tekanan-tekanan yang dihadapi, damn it! But i believe everything happens for some reason eyy! Chill out MeSelf! You got nothing to worry about. Lagi berapa minggu je pun nak abis sem ni. Smile smile smile.. =) You can do this.! 


p/s : Selagi boleh bersabar gua okay-okay aja.! =D off to sleep now. zzz
  

January 17, 2011

Roti Canai Terbang

Tempoh hari ketika melawat Melaka yang dikatakan "Maju" itu, aku dan beberapa rakan telah pergi ke Warung Hikmah yang terletak di Telok Mas(warung ini menjuarai acara Super Roti-Man 2005) untuk menyaksikan kesahihan penerbangan roti yang dibuat oleh penebar tersebut.

Gambar yang sempat dicandid cameraman ketika melalui warung hikmah.

Dan jelas sekali roti yang ditebar brader itu terbang umpama balingan Boomerang yang kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan muka tidak bersalah telah menebar dengan menggunakan sebelah tangan sambil membuat aksi goyang inul. Aku dan rakan yang sememangnya tidak pernah melihat roti-roti ini terbang secara live pula dengan penuh semangat memberi sorakan yang padu walhal customer-customer lain seperti tidak ada perasaan kerana mungkin sudah bosan melihat aksi Brader Inul.

Menghangatkan lagi suasana, beliau telah memanggil tag team partner yang merupakan adik beliau untuk membuat aksi 'roti passing' dimana beliau mencampakkan roti itu kepada partnernya dan akan disambut sambil menebar roti tersebut di udara. Ahh ni dah lebih! Memang betul-betul terbang DOH! 

Seingat aku roti canai terbang hanya boleh didapati didalam filem SENARIO sahaja, namun begitu ia boleh diperolehi di beberapa kedai roti canai yang ada di serata Malaysia ini. Anda boleh melihat sendiri aksi yang sempat di rakam oleh rakanku yang sangat lah shawat ketika melihat aksi-aksi brader itu menebar roti sambil bergelek di SINI. 

p/s : Commentator video diatas agak menggelikan hati aku ibarat Mr. Bean yang membuatkan penontonnya ketawa. 

January 14, 2011

Paintball.

Assalamualaikum. 


Entri kali ini adalah tentang Paintball yang semakin hangat di Malaysia ini. Dan kalau anda masih belum pernah bermain paintball ini pegi la cuba main. Best doh! Ajak kawan-kawan korang yang korang tak berapa suka sangat atau dendam dengan mereka. Then korang lepaskan dendam kesumat korang ketika bermain permainan ini.


1st time main aku sangat teruja. Rasa seperti askar yang sedang berperang di medan pertempuran. Harga time aku main tempoh hari adalah rm30 termasuk peralatan yang diperlukan serta 100 biji peluru(palet). Ia memerlukan dua pasukan yang tak kisah lah berapa ramai korang nak. Asalkan sama rata. Kedua pasukan akan diagihkan ke tempat masing-masing dan seterusnya mula la acara tembak menembak.


Antara peralatan yang diberikan.


Anda pastinya risau jika diri ditembak kerana anda sangat la tidak mempunyai kemahiran serta tidak pernah main. Tak perlu risau kerana peluru tersebut kalau kena bukan mati pun. Sakit dia macam kena tumbok dengan budak kecik yang baru nak belajar mengayuh basikal sahaja. Permainan ini hanya akan tamat bila kesemua ahli kehabisan palet. Ini bermakna selagi palet korang tak abis, main la sampai lebam.


Tetapi selalunya palet ini akan secara automatiknya habis dengan cepat kerana bila korang dah kat dalam tu, dapat pulak kawan yang korang dendam tu team pihak lawan so korang akan dengan buasnya menembak sesuka hati. Jadi nasihatnya adalah jangan gelojoh sangat nak menembak jika ingin bermain dengan lama. Tapi waktu aku main tu palet aku pun habis cepat jugak so terpaksa membuat bayaran penambahan. Tapi aku tak kisah yang penting puas dapat menembak.! 


Ini lah antara gaya-gaya ketika bermain paintball. Cuba mengelak ditembak dan mencari musuh dengan buas

Sekian sahaja laporan paintball aku kali ini. Masa lapang aku pastinya akan diisi dengan aktiviti Paintball yang sangat menyeronokkan, mencabar semangat kepasukanan, membentuk keyakinan diri, membina rasa tanggunjawab, kesungguhan untuk menyelesaikan misi, meningkatkan kesefahaman dan kemahiran berkomunikasi selain menguji minda dan fizikal dalam mengatur strategi kombat. Haha! 


p/s : Kepuasan akan dirasai sekiranya anda berjaya menembak rakan yang anda betul-betul dendam,lebih-lebih lagi kalau dekat kepala dia. :)