March 10, 2011

Selamat Hari Lahir Ibunda

Assalamualaikum,


Entri ini mengisahkan tentang seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup gua. Beliau merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang anak. Dilahirkan pada tarikh 11 Mac 1955, bernama Halijah bte Endin. Latar belakang beliau tidak berapa dapat gua nk jelaskan sebab gua pun jarang-jarang berbual dengan dia.


Disini gua ingin cerita serba sedikit tentang ibunda tercinta gua ini. Beliau amat sensitif dan mudah mengalirkan air mata jika perasaannya tersinggung. Tetapi gua respect cara didikan serta kasih sayang beliau terhadap anak-anak. Anak ramai nak bagi kasih sayang sama rata bukan senang. Kalau dah sorang nak aiskrim kena beli untuk semua. Tak ke pening kepala nak layan satu-satu. Tapi ketabahan beliau melayan sikap anak-anak ini telah membuktikan beliau adalah seorang ibu yang sangat hebat.


kemanisan gua datang dari beliau. :D
Pernah dulu gua kantoi ponteng mengaji, hanger hitam tebal melekat kat punggung kecik gua ni. Mana taknya, orang suruh pegi mengaji gua ponteng pegi CC main counter strike. Waktu sekolah rendah memang gua addict dengan game perang tu. Akibatnya, terima je lah sebatan ibunda gua yang umpama Lee Chong Wei melepaskan SMASH ketika beraksi dalam court badminton. Beliau juga sangat menjaga adab anak-anak ketika berada di rumah sedara-mara dan seumpanya. Waktu kecik standard la nakal-nakal. Kalau buat hal tanpa segan dan silu di waktu yang sama jugak ibunda gua bagi cubitan padu maut. Balik rumah pun tak hilang lagi kesan dia.


Dalam pada masa yang sama, ibunda gua amat menekankan tentang agama. Time sekolah dulu balik je lepas maghrib memang gua duduk luar rumah sampai waktu isyak la jawabnya. Mesti berada di rumah sebelum waktu maghrib. Nak pegi main bola ke apa ke yang penting balik sebelum maghrib. Beliau juga sentiasa memahami anak-anak jika ada masalah ke apa ke biasanya beliau akan dapat detect. Bak kata mat salleh "Mums Know Best". Dan gua amat bersyukur dan bangga kerana menjadi anak beliau.


Kasih sayang ibunda gua memang tidak dapat gua balas selamanya. Hanya doa saja yang dapat gua panjatkan untuk beliau sentiasa dirahmati, dikasihi serta diberkati oleh Allah SWT. Last but not least, Happy Birthday Mom. Thanks for being a great mum in the world. I am lucky to have a great mother like mine.


p/s: I'm always amazed by how much you care, what you've given to me is something i can never repay. I LOVE YOU MOM! XOXO <3