December 25, 2010

Selamat Ulangtahun Ayah ke 59.!

Assalamualaikum. Entri kali ini berkisahkan tentang seorang insan yang telah banyak mempengaruhi hidup gua. Beliau adalah Ayah gua yang memang bak kata orang ramai "you are the best dad in the world" la kan. Jadi dalam entri kali ni aku nk cerita sedikit sebanyak antara apa yang aku kenal tentang beliau. 

Pada 26.12.1951, Zainul Abidin b. Soot telah dilahirkan kedunia. Beliau merupakan anak kelahiran Rembau yang mempunyai rupa paras yang tampan seperti gua. Pernah gak aku berbual one by one dengan dia so ada la sedikit aku tau tentang latar belakang beliau. Lepas tamat sekolah beliau telah mencari kerja di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani.


Lama-lama jadi kerani pun tak boleh gak kan, so beliau cari la kerja lain. Dan alhamdulillah rezeki beliau, dapat la masuk tentera laut. Dah la tampan masuk NAVY pulak, mana tak dapat awek keliling pinggang kan(aku tak bergurau part ni).Jadi aku ringkaskan cerita, dia pun telah berkhawin dengan mak gua yang juga time tu menjadi pujaan lelaki. Tapi kata orang kalau dah hero macam bapak gua mesti dapat punya.(happy anniversary yang 32!!).

Kan gua dh cakap tampan. Iras-iras brader belakang tu.

Time aku kecik bapak aku memang garang. Darah tentera memang lain macam sikit. So sebagai anak kena la berdisiplin bila nak buat apa-apa pun. Aku ingat lagi abang long aku buat hal, tak banyak cerita penampar sulung bapak gua hinggap kat muka dia. Tercabut jugak la gigi abang long aku. Aku jugak penah kena bedal-bedal dengan penyangkut baju tu. Kira perkara biasa la kan budak-budak nakal. 


Time di U.K dulu pun penah ada gak aku boleh kantoi tak pakai stokin nak pegi sekolah. Dia panggil gua dengan nada tentera sambil buat mata garang. Memang aku dah cuak tahap dewa dah time tu. Lepas dia sound je aku, terus-terus dia campak kertas yang dia pegang tu kat muka gua. Dengan tindakan refleks seperti Jackie Chan yang ada pada diri gua, gua pun elak la kan. Tapi malang dan padan muka bagi gua, benda yang dicampak tu terkena bahagian bucu dia tu, dah la tajam laju pulak dia baling. Memang dapat luka je la muka gua pagi-pagi pegi sekolah. Tapi walaubagaimanapun, aku tau itu semua nak bagi gua sedar kalau tak pakai stokin pakai kasut, boleh melecet kaki gua kan. 


So lepas kejadian tu memang gua tak pernah dah tak pakai stokin kalau ke sekolah. Kalau dah takde stokin sangat pun gua akan sarung jugak stokin mak gua ke sapa2 punya la, asalkan ada. 

Namun begitu, gua sangat respect sama beliau. Dengan hasil didikan beliau, alhamdulillah gua takde la sesat. Kalau nak buat jahat tu memang 5-6 kali gak fikir. Memang berkesan la teknik beliau mendidik anak-anak. Memang takde kata-kata la nak aku bagi untuk menghargai jasa beliau. Report card gua kat sekolah dulu teruk-teruk pun dia akan datang amik sebab mak gua tak suka kalau result merah-merah ni. So ayah gua jugak la datang bagi semangat. Kalau ada barang aku mintak tak dapat tu kadang-kadang diam-diam je dia akan bagi. Itu la antara sikap dia ni. Nampak je garang tapi sebenarnya hati lembut.


Dan sekarang beliau pun dah tak garang seperti zaman-zaman beliau jadi tentera dulu. Dah mula cool dah macam gua. Jadi hari ini 26.12.2010 genap lah umur beliau 59 tahun. HAPPY BIRTHDAY DAD! I am proud to be your son. Jadi gua doakan ayah semoga panjang umur dan murah rezeki. Insyaallah gua takkan nak menghampakan beliau dan membuat beliau bangga dapat anak yang macam gua ni kan. ;D

Akhir kata dari gua yang sedang mengantok,

Ya Allah, kasihilah bapaku seperti mana beliau mengasihiku sejak kecil. Permudahkanlah segala urusan beliau dan hindarkanlah dari segala kesulitan dan kepayahan di masa-masa akan datang. Dan ampunkanlah segala kesalahanya serta terimalah segala kebaikannya. Amin.! 


p/s : den takdo hadiah nak bagi, den harap penulisan blog ni dapat menjadi pengganti yo.! :)



December 21, 2010

Peribahasa Karam Singh Walia.

Antara peribahasa-peribahasa yang mungkin boleh membuat perut anda berkocak-kocak..


1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
nak ngail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pul ut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah !!



Hanya ingin berkongsi... Sekian.!

Kajian yang dibuat oleh brader Karam...

” Satu kajian menunjukkan kaum wanita lebih gagah daripada lelaki kerana mampu membawa dua buah gunung, kaum lelaki hanya mampu membawa dua biji telur, itupun dengan bantuan seekor burung…..!!!!. “

LOL...

December 9, 2010

Abangku kawin lagi.

Ni la rupa brader gua yang nk kawin ni. Berbaju putih bertali leherkan merah.

Nak dijadikan cerita. Satu malam tu parents aku balik dari dinner. Macam biasa aku didepan laptop melayari facebook usha-usha page awek-awek bajet hot, sambil layan lagu-lagu terkini. Biasa la aku memang up to date punya orang. Layan lagu-lagu yg terkini je. Tanpa sebarang notis, tiba-tiba mak aku sound.... "selamat dh dek abang kau...." Aku dengan penuh tanda tanya di dada dan minda pun jawab lah blk... "apo yg selamatnya?!".... Lantas ayah aku plak mencelah... "selamat dh la abg kau tu.. lps ni tinggal kito berompek jo laa.."  Dengan kata-kata itu telah membuat aku lagi bingung, bak kata orang putih 'suspicious' la. Nak kata abang aku dah pegi, parents aku xde tunjuk wajah-wajah kesedihan pulak. Jadi aku sejurus berfikir secara kritis dan kreatif ala-ala KBKK jugak la. 

Then aku teringat brader aku ni tengah hangat bercinta. Mana taknya, siang malam bergayut je dengan handphone lama aku yg aku bagi tu. Ni mesti dia nak kawin ni kata hati kecil ku.. Lantas aku dengan nada yang tenang dan cool berkata.... "laaa abang memer nk kawin dah ye?!"..  Mak aku plak... "wah-wah, tau2 jo kau yo?!!". Lepas tu parents aku pun mula la cerita pasal dinner yang diorang pegi tu. Diorang dah bincang-bincang tahun dpn 2011 bulan Febuari tunang la abang aku yang 'sasa' dan tak berapa nak 'tampan' sangat tu. Tapi bukan ini yang aku nak tekan kan dalam entri kali ini. Macam biasa ni muqadimmah je baru..

Apa yang aku nak citer ni adalah majlis kawin tu nanti. Family aku ni dari mula kakak aku kawin kalau x hotel, mesti dekat tempat yang grand je. Dan macam biasa, tetamu-tetamu yang dijemput adalah terhad. Tak macam yang biasa orang jemput kat rumah tu yang pasang khemah tu yang nanti bila kereta nak lalu je dah tak boleh. Ramai orang boleh datang. Kalau orang luar yang lalu-lalang nampak ada kenduri kawin pun boleh singgah makan-makan. Bukannya tuan rumah tau pun tetamu dia sapa. Takde masa orang nak cek kau kawan sapa apa semua kan. Jadi berbalik pada situasi aku di depan laptop tadi. 

Selesai je parents aku bercerita pasal dinner mereka. Dengan nada yang slumber gua tanya daddy gua.. "yah, kali ni dedek nk bwk 20 org dtg bleh?.." Biasanya meja yang aku dapat untuk bawak member-member aku ni satu je cukup la 10 orang. Bapak aku dengar aku tanya dengan nada yang slamber, dia pun balas la blk dgn intonasi rileks dia... "eh, kau nk bwk 50 orang pun ayah x kisah. tapi kau lah bayar duit table tu.." perghh aku memang nak terpelanting dah dengar mula-mula. Tapi takpe aku kena stay kan watak slamber aku tadi tu.. "ooo yeke? abis kalau satu meja brapa ongkosnya?" aku bertanya.. lalu ayah gua jawab.. "rm500-rm600".. aku dah x dapat cover lagi, aku gelak besar je depan bapak aku. Mak oi mahalnya. Tujuan aku nak bawak 20 orang tu bukan apa, ye la kawan-kawan aku kalau ada 10 je aku x kisah. Ini kawan aku beratus-ratus, ramai plak tu yang aku rapat. Nanti bila ada yang tak dapat pegi bila tak dijemput mula la masing-masing tarik muka. Cakap aku ni berlagak dan sombong padahal aku ni bukan berlagak dan sombong punnn. Jadi tu yang aku beria-ria nak bawak ramai sikit tu. Macam mat salleh kata tu, 'the more the merrier' haaa. Lepas dapat tau harga tu aku pun senyum-senyum kambing kat ayah aku lalu berkata.. "insyaallah, kalau ada rezeki bleh la dpt 3 meja utk dedek eh?!" 

Errmmm abang aku  kawin pun tahun depan, lambat lagi. Jadi aku pun ada la masa skit nak simpan duit untuk dapat table lebih sikit. Xde la kawan-kawan KECIK HATI bila x dijemput nanti. Jadi kesimpulan cerita aku ni bukan nak cakap abang aku tu sasa dan kurang tampan, tapi nak mengingatkan diri aku ni yang suka berbelanja ikut suka hati tok wan je. Simpan-simpan la duit skit dek. Xde la kau membebankan parents kau tu. Jimat sikit duit parents aku kalau aku yang bayar kan table untuk berapa ramai yang aku nak jemput. Harap-harap dapat la aku simpan sikit. 


p/s: lepas ni gua dgn adik gua pastinya lebih mesra dan rapat. tinggal aku dgn dia je kat umah. memang aku jadi king la. adik aku tu jadi maid aku. :D  

December 7, 2010

Haha, I'm having a blog.

So here we go, ishi is finally having his own blog. oh my Gucci! what the hell?! ishi is BLOGGING?! this is so not me. i never like telling stories. thats the reason why i've been so quite with people around me and only kept the story for myself. but somehow i just need to express the feeling. so maybe thats the reason i'm having this blog. to express my feelings and share stories about me and the people in my life.

Ok enough with the muqadimmah already. to start my very first story on my blog i just want to tell on about my life during this 2010. many things happen. went to Australia and New Zealand, i lost my bestfriend, i met new people, having a relationship, ending the relationship, had my internship, and the list goes on and on and on. 

Losing my bestfriend was the worst part. ='( i mean how does it feel to lost the one who you've been with everyday laughing and having good and bad times together?! sucks rite? but i believe all this happens for a reason. it teaches me something. that death could happen anytime. 'insaflah sebelum terlambat'. Well a thousand words wont bring him back, i know because i've tried. Neither will a thousand tears, i know because i've cried. And so i learn to accept the fact, that his DEATH was something not to be mad at. I've decided to make a promise to myself, that i will never get sad. =)
Here are a picture of me and him where we went to Malacca...



For the relationship, well lets just skip on this PART right here. Theres nothing interesting about this story. HAHA.! ;D


Now moving on to the part where i went to New Zealand and Australia. Actually i went there for my brother convocation. He is someone to be proud of. He is DA MAN!!!! i had the chance to go there even though it was during my exam. how lucky can i be. haha! i got a gap for about 2 weeks before my paper and surprisingly the convocation was during the gap. and there i go off to Australia and New Zealand with my parents and lil sister. i went there for about 10 days and had fun. doing things that i cant have here in Malaysia. its a secret. so i shouldn't tell. ;D 
Here are some photos during my vacation there...






The last part of the story for this entry is on my internship. at first i was like damnnnnn! boring boring boring.. waking up in the morning going to work.?! how boring can my life get?!! but what to do. internship for my degree is a must. it was for 6 months. i met new people and learn a lot there. its like two faces people are everywhere there. some are really low minded people. BUSUK HATI & DENGKI.. haiya.. why must you be like that? haha.. but overall the internship went well and i manage to survive and end it with flying colors. :P
Here are a photo with the other trainees and staffs.


Basically, thats what happen during the year 2010 in my life. Many things worth to be remember and shouldn't be forget. Hope you guys are enjoying the 1st entry (yang ado baca haaa). So until the next entry.... adioooosssss~~ 

p/s : i am not here to impress anyone. so if you don't like it its cool ┌∩┐ you.!